Update yang dinanti-nantikan para pemain akan tiba tidak lama lagi!
Dalam satu tweet yang dikeluarkan di akaun rasmi Pro Evolution Soccer, mereka telah mengumumkan bahawa update Data Pack 3.0 akan menemui pemain pada 24 Mac ini dengan pelbagai content yang dijanjikan. Dalam tweet tersebut, mereka telah memuat naik sekeping gambar yang menyenaraikan beberapa content yang bakal dimasukkan ke dalam update tersebut.
Update tersebut bakal menampilkan pelbagai pembaharuan seperti:
- Team data dan stadium baharu
- Bola rasmi untuk UEFA EURO 2016
- Update terkini untuk senarai pemain di skuad kebangsaan
- Beberapa tambahan but, jersi, bola dan muka para pemain yang dikemaskini
- 17 pemain asal dalam Master League seperti Burchet, Espimas, Celnili akan dibawa ke mode myClub sebagai Manager
Big news, PES fans. Data Pack 3.0 is coming on 24th March and it will include lots of content… #PES2016 pic.twitter.com/bgO9fAaoD9
— eFootball PES (@officialpes) March 17, 2016
Baru-baru ini, Konami telah mengumumkan bahawa pemain sayap sensasi Real Madrid dan Wales, Gareth Bale bakal menghiasi muka hadapan PES 2016 edisi UEFA EURO 2016.
JomBaca: Konami Muat Naik Video Nostalgia Winning Eleven Sempena Ulang Tahun Ke-20
Comments
Loading…