Musim pertama tournament online PES 2016 ala-ala Champions League yang melibatkan beberapa negara Asia Tenggara, kini sudah sampai ke separuh akhir!
Peringkat kumpulan baru sahaja habis pada malam tadi. Berikut adalah kedudukan kedua-dua kumpulan setelah tamat kesemua perlawanan:
Di satu belah, wakil Indonesia akan bertemu sesama sendiri – dan di satu lagi belah, wakil Malaysia pula akan bertemu sesama sendiri!
- Qwa-SG (Indonesia) v Zacky Asyari (Indonesia)
- Erwan Degasa (Malaysia) v Lulangsi (Malaysia)
Bermakna, kita bakal menyaksikan perlawanan akhir yang pastinya mengujakan – wakil Malaysia bakal bertemu wakil Indonesia!
Untuk mengetahui apakah sebenarnya SEA Champions League ini, korang boleh baca: PES 2016: SEA Champions League – Malaysia & Indonesia Berentap!
Comments
Loading…