in ,

PES 2016: Jersi Liga Malaysia Musim 2016 Kini Sudah Tersedia!

Liga Malaysia Musim 2016 kini sudah bermula. Pastinya anda tidak sabar untuk memasukkan jersi-jersi pasukan kegemaran ke dalam PES 2016!

pes
Jaringan yang menggegar dunia bola sepak tempoh hari, knuckle ball dari Faiz Subri kini dalam PES 2016!

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini, Alpacino Cilox menyediakan perkhidmatan untuk mereka jersi-jersi untuk PES 2016. Kini, pakej untuk Liga Malaysia Musim 2016 telah pun beliau siapkan.

Kami di JomGaming telah diberikan pakej ini untuk melakukan review di Playstation 4. Jadi, apa yang dalam pakej tersebut?

pes
Piala Sumbangsih 2016.

Ia merupakan pakej yang lengkap untuk Liga Malaysia Musim 2016, semua pasukan dari kedua-dua Liga Super dan Liga Premier. Setiap pasukan akan diberikan logo pasukan, jersi home, jersi away dan jersi penjaga gol – serta tambahan jersi ketiga/keempat bagi sesetengah pasukan. Ia juga menyediakan 4 logo untuk liga tempatan – iaitu, logo Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Sumbangsih; serta logo AFC Cup.

Sebagai tambahan, pakej ini juga menyediakan 4 pasukan yang menyertai AFC Cup, iaitu Ayeyawady United, Chonburi FC, FC Istiklol dan Muangthong.

Bercakap soal kualiti pula, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa apa yang diberikan adalah sangat berkualiti. Semua images adalah dalam resolusi tinggi dan memang benar-benar mereplikakan jersi sebenar.

pes
Qu Puteh, Qu Puteh, barulah Puteh…Muah!

Pakej yang dikenakan caj sebanyak RM40 ini akan terdapat di platform PS4, PS3, dan PC. Namun, buat masa ini, hanya pakej untuk PS4 sahaja telah berjaya disiapkan, manakala pakej untuk PS3 dan PC akan disiapkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ini, anda boleh menyertai Group Facebook-nya, dan anda boleh juga memberikan sokongan terhadap hasil usaha perkhidmatan ini dengan memberikan like kepada page Facebook PESCILOXdesign.

Anda berminat tetapi tidak tahu bagaimana untuk memasukkan jersi-jersi dan logo-logo ini ke dalam PES 2016? Jangan risau, kami dah sediakan 5 Langkah Untuk Masukkan Logo & Jersi Ke Dalam PES 2016.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Vampyr: Vampire Dalam Nih Confirm Takkan Sparkle!

Uncharted 4: A Thief’s End: Ditunda Lagi Buat Kali Ketiga!