in , ,

PES 2016: Gareth Bale Bakal Menghiasi Muka Hadapan DLC EURO 2016!

Kehangatan kejohanan bola sepak terbesar Eropah, UEFA EURO 2016 kini semakin terasa!

pes

Konami telah mengumumkan bahawa DLC terbaru untuk PES 2016, UEFA EURO 2016 bakal dihiasi dengan pemain sayap prolifik Real Madrid dan Wales, Gareth Bale.

DLC yang mendapat lesen rasmi daripada pihak UEFA ini akan dikeluarkan dalam disk fizikal dan edisi digital stand alone pada 21 April 2016 untuk PS4 dan PS3. Manakala, para pemilik PES 2016 yang sedia ada untuk PS4, PS3, Xbox One, Xbox 360 dan PC, anda akan mendapat update percuma pada 24 Mac 2016.

Apakah beza antara disk fizikal, edisi digital stand alone dan update percuma tersebut? Untuk edisi digital stand alone, para pemain akan mendapat Gareth Bale percuma dalam mode myClub, manakala untuk disk fizikal pula, anda akan mendapat lebih banyak keistimewaan dalam myClub. Anda boleh klik sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keistimewaan yang bakal anda dapat.

Semua pemilik PES 2016 sebelum ini untuk semua platform bakal mendapat update percuma seperti menu utama yang akan ditukar bertemakan UEFA EURO 2016, dan juga penambahan stadium Stade de France, venue Final untuk EURO 2016 kelak.

pes-germany

UEFA EURO 2016 adalah kejohanan bola sepak peringkat antarabangsa yang terbesar di Eropah. Ia bakal mengumpulkan pemain-pemain terbaik Eropah dari 24 negara. Sama ada juara bertahan dua kali berturut-turut Sepanyol akan melakukan kejuaraan hat-trick atau juara baru bakal dinobatkan, pencarian pasukan terbaik Eropah ini akan bermula 10 Jun 2016, di mana Perancis adalah tuan rumah untuk kali ini.

JomBaca: PES 2016: Jersi Liga Malaysia Musim 2016 Kini Sudah Tersedia!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Plants vs. Zombies Garden Warfare 2: Update 1.02 Dah Direlease Sekarang!

Final Fantasy XV : Director Berharap Anda Akan Menangis Dengan Ending FFXV!