in

PES 2016 Edisi Percuma Diumumkan Eksklusif Untuk Playstation

Khabar angin yang bertiup beberapa hari lepas mengenai kemunculan PES 2016 Edisi ‘Free-To-Play’, akhirnya diumumkan secara rasmi oleh Konami.

Bagi anda yang masih lagi tidak mendapatkan PES 2016, edisi percuma yang eksklusif untuk Playstation 4 dan Playstation 3 ini bakal menemui anda pada 8 Disember ini.

pes-2016-myclub-1

Ia bakal menampilkan Exhibition Mode yang disertai dengan 7 pasukan, termasuklah Bayern Munich, Juventus, AS Roma, serta pasukan kebangsaan Brazil dan Perancis. Selain itu, ia juga memberikan Training Mode yang lengkap dan mode FIFA Ultimate Team versi PES, iaitu myClub.

Pastinya, tarikan utama bagi edisi percuma ini adalah mode myClub. Ia memberikan peluang kepada pemain untuk merasai pengalaman offline dan online serta ‘unlimited access’ kepada mode myClub ini. Bermakna, tiada perbezaan antara mode myClub edisi percuma ini dengan myClub yang diberikan kepada mereka yang membeli game penuh.

Apa yang lebih menarik, edisi percuma bagi siri yang memenangi ‘Best Sport Game’ di Gamescom dua tahun berturut-turut ini, bakal memberikan sokongan kepada gameplay dan content update di masa hadapan sepanjang musim 2015/2016, bagi memastikan prestasi setiap pemain di dalam game sentiasa selari dengan prestasi mereka di dunia sebenar.

Dan di akhir pengumuman yang dibuat Konami, mereka memberikan ‘teaser’ melalui gambar ini:

pes-2016-myclub-baggio

Dengan gambar Roberto Baggio diletakkan di sebelah logo myClub, pastinya mode myClub akan diberi nafas baru, di mana pemain-pemain legenda terdahulu bakal ditampilkan.

Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya dari Konami.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

The Witness: Pulau Yang Penuh Dengan Teka-Teki

Just Cause 3: Unboxing Just Cause 3 Collector’s Edition!