Pada Oktober 2018 lalu, Sony secara rasminya telah mengumumkan yang fungsi menukar PSN ID bakal dibawakan ke PlayStation Network pada tahun 2019. Dan hari ini, mereka telahpun melancarkan fungsi yang sangat dinantikan ini.

Bersama-sama dengan pelancaran ini, Sony telah memberikan panduan bagaimana untuk menggunakan fungsi ini — yang mana ia boleh dilakukan di sistem PS4 ataupun melalui web browser.

Melalui Sistem PS4

  1. Di menu utama PS4 pergi ke: [Settings] > [Account Management] > [Account Information] > [Profile] > [Online ID].
  2. Pilih Online ID baru yang ingin korang gunakan.
  3. Pilih sama ada (a) hanya paparkan Online ID korang yang baru di profile atau (b) paparkan Online ID yang lama bersebelahan dengan Online ID baru selama 30 hari.
  4. Jika korang pernah menukar Online ID sebelum ini, transaksi pembayaran akan dinaikkan kerana hanya pertukaran pertama adalah percuma, manakala pertukaran kali kedua dan seterusnya akan dikenakan caj.
  5. Apabila proses telah lengkap, akaun tersebut akan log keluar, dan korang perlu log masuk semula.

Melalui Web Browser

  1. Log masuk ke akaun PlayStation Network korang di pautan ini dan pergi ke laman PSN Profile.
  2. Sebuah butang “edit” akan kelihatan bersebelahan Online ID korang di laman Profile tersebut.
  3. Langkah seterusnya adalah sama seperti langkah (2) hingga (5) melalui sistem PS4.

Sebelum korang memutuskan untuk menukar nama PSN ID ini, korang harus tahu tentang beberapa masalah yang bakal timbul seperti yang telah JomGaming laporkan sebelum ini. Fungsi ini hanya “compatible” dengan game-game yang dilancarkan selepas 1 April 2018, serta sebahagian game yang dilancarkan sebelum tarikh itu.

Apa masalah yang akan timbul apabila Online ID baru ini tidak “compatible” dengan satu-satu game itu? Antara isu yang paling membimbangkan ialah pemain mempunyai kemungkinan untuk kehilangan akses kepada beberapa kandungan, termasuklah kandungan tambahan (DLC) berbayar seperti add-on dan matawang dalam game.

Bukan itu sahaja, pemain mungkin juga boleh kehilangan progress dalam game, termasuklah save data, leaderboard data dan progress untuk trofi. Lebih membimbangkan, sebahagian game dan aplikasi pemain mungkin tidak akan berfungsi dengan baik, termasuk kedua-dua online dan offline.

Selain itu, fungsi ini hanya boleh menyokong PS4, dan tidak menyokong PS3 dan PS Vita.

Walau bagaimanapun, korang boleh menukar kembali PSN ID korang kepada nama yang asal pada bila-bila masa, secara percuma, dan semua masalah yang timbul itu akan hilang.

Jadi, kalau korang berhajat untuk menukar nama PSN ID korang, pastikan korang sudah fikir masak-masak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.