Adakah pasukan korang terbaik di Asia Tenggara?
ASUS Republic of Gamers (ROG) dan MET bekerjasama untuk membawakan kepada pemain-pemain PUBG Asia Tenggara sebuah kejohanan yang besar. Digelar PUBG Southeast Asia Championship, ia merupakan sebuah kejohanan rasmi yang diiktiraf sendiri oleh PUBG Corporation.
Skuad yang terdiri daripada empat pemain dari enam buah negara rantau ini akan terlibat dalam kejohanan ini, iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Vietnam, Singapura dan Malaysia. Setiap negara akan mempunyai pusingan kelayakannya masing-masing, kecuali Malaysia dan Singapura yang akan bergabung dalam satu pusingan kelayakan.
Pusingan kelayakan Malaysia-Singapura akan berlangsung dari 5 Mei hingga 27 Mei 2018. Kemudian, pusingan akhir untuk Malaysia-Singapura pula akan dijalankan, yang mana tarikhnya masih belum ditentukan.
Selepas itu, skuad pemenang dari setiap negara ini akan berentap dalam acara kemuncak di pusingan akhir bagi peringkat Asia Tenggara yang bakal berlangsung di Thailand pada 23 dan 24 Jun nanti.
Apa hadiah utama yang menjadi rebutan? Pemenang di Thailand itu kelak akan mewakili Asia Tenggara ke sebuah kejohanan PUBG antarabangsa yang akan diadakan pada masa akan datang dalam tahun ini.
Kejohanan ini merupakan sebuah pertandingan terbuka yang boleh disertai mana-mana skuad dari negara-negara terlibat. Jadi, kumpulkan skuad terbaik korang sekarang!
Nak ikuti perkembangan kejohanan ini lebih lanjut? Korang boleh ikuti Facebook ASUS ROG Malaysia.
Comments
Loading…