in , , , , , , , , ,

Pertandingan Fornite Pertama Di Malaysia Tawarkan Hadiah Kemenangan Terkumpul Sebanyak RM10,000!

Dapat Victory Royale, dapat duit!

Fortnite adalah fenomena dunia sekarang. Tanyalah kepada sesiapa sahaja sekarang, yang bukan gamers pun mungkin akan mengenali Fortnite.

Satu-satu game yang sedang popular, tidak sahlah kalau tiada pertandingannya. Terbaru, satu pertandingan Fortnite yang bakal diadakan di Malaysia telah diumumkan, dan ia mungkin adalah pertandingan besar-besaran pertama Fortnite di negara ini.

Mungkin korang akan tertanya, Fortnite masih belum ada custom game, macam mana nak adakan pertandingan? Peraturannya mudah sahaja. Penganjurnya, Gift Internet Cafe telah mendedahkan satu pertandingan yang sangat menarik dan mudah.

Pertandingan ini membawakan kerjasama antara beberapa kafe siber yang menyertai penganjuran pertandingan ini. Korang harus bermain Fortnite bersama rakan skuad korang di mana-mana kafe siber yang menyertai pertandingan ini. Kemudian, apabila korang mendapat Victory Royale, korang boleh laporkan kepada staf berdekatan dan mereka akan mencatatkan kemenangan korang itu.

Pertandingan ini akan diadakan dari 6 Ogos hingga 2 September ini, maka, skuad mana yang berjaya mendapatkan Victory Royale paling banyak dalam jangka masa ini, akan dikira pemenang keseluruhan!

Apa hadiahnya? Hadiah wang kemenangan terkumpul yang menjadi rebutan ialah RM10,000! Di bawah adalah pembahagian wang kemenangan tersebut:

Juara:
RM2,000 wang tunai + RM100 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey bernilai RM68

Naib Juara:
RM1,000 wang tunai + RM100 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey bernilai RM68

Tempat Ke-3:
RM500 wang tunai + RM100 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey bernilai RM68

Kedudukan 10 Teratas:
RM100 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey bernilai RM68

Kedudukan 20 Teratas:
RM50 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey worth RM68

Kedudukan 50 Teratas:
RM20 Air-Time + Fortnite Royale Cup Limited Edition Jersey worth RM68

Kafe siber mana yang akan menyertai pertandingan Fortnite ini? Apa syarat dan peraturannya? Korang boleh klik di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

101 Syarikat Hantar Team Esports Ke Tournament Predator x NVIDIA A5GL!

Tarikh Dan Lokasi Pertandingan Esports Di Sukan Asia 2018 Indonesia Telah Diumumkan