Satu pertandingan FIFA 19 yang menjanjikan hadiah terkumpul lumayan menanti korang!

Bersempena dengan Festival Peminat Kelab Manchester United Rantau Asia Tenggara, United Red Army dengan kerjasama Kitagamers Station dan Prodigy Aksiz bakal menganjurkan pertandingan FIFA 19 di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Acara ini ditaja oleh Todak, M-150, dan Fitech.

Di bawah adalah info lanjut yang korang perlu tahu tentang acara ini.

  • Nama Acara: United Red Army Fan Fest E-Games
  • Lokasi: PAVVILION (GATE C) MSN SPORT COMPLEX BUKIT JALIL (Google Map)
  • Tarikh: 27 April 2019 (Sabtu)
  • Masa: 8.30 pagi hingga 6 petang
  • Yuran Pendaftaran: RM30
  • Jumlah peserta: 128 pemain
  • Hadiah Kemenangan:
    – Juara: RM1,500
    – Naib Juara: RM1,000
    – Tempat Ke-3/Ke-4: RM500 setiap pemain
    – Tempat Ke-5 hingga Ke-16: Hadiah saguhati dan cenderamata

Berminat? Korang boleh mendaftar di pautan ini.

JomKomen!