in , , ,

Pertama Kali Dalam Francais, Unit Digital FIFA 21 Terjual Lebih Banyak Daripada Unit Fizikal

GamesIndustry.biz telah mengeluarkan beberapa statistik menarik untuk jualan francais game bola sepak terbesar dunia untuk tahun ini bagi pasaran United Kingdom (UK).

FIFA 21 telah menyaksikan penurunan mendadak terhadap jualan pelancaran unit fizikal di UK, namun unit digital telah meningkat dengan begitu baik.

Jualan pelancaran unit fizikal FIFA 21 di UK telah menurun lebih daripada 42 peratus berbanding FIFA 20. Bagi jualan pelancaran unit digital pula, ia telah meningkat sebanyak 31 peratus berbanding siri tahun lalu.

Lebih menarik, buat pertama kalinya dalam sejarah francais game bola sepak keluaran EA Sports itu, FIFA 21 mencatatkan muat-turun unit digital lebih banyak daripada jualan unit fizikal. Malah, muat-turun digital semasa pelancaran FIFA 21 di UK adalah yang paling tinggi dalam sejarah francais itu.

Walaupun ini hanyalah statistik jualan di UK, ia boleh juga dijadikan penanda aras serta turut mencerminkan apa yang sedang berlaku kepada jualan siri game ini secara keseluruhannya.

Penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia mungkin menjadi salah satu faktor kepada statistik ini, di mana pemain kelihatan lebih selesa untuk muat-turun sahaja secara digital berbanding pergi ke kedai berdekatan untuk mendapatkan unit fizikal.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Reka Bentuk PlayStation 5 Yang Kita Semua Nantikan, Turut Umumkan Edisi Digital

Sony Respon Tentang PS5 Di Malaysia: “Akan Umumkan Tarikh, Harga Apabila Kami Bersedia”

Saksikan Video Rasmi Sony Buka Komponen PS5 Satu Per Satu

Kipas PS5 Akan Mendapatkan Kemaskini Software Berterusan Untuk Menambahbaik Prestasi