in

Perpindahan Ninja Dari Twitch Ke Mixer Dilaporkan Bernilai Sekitar RM122 Juta

Pada Ogos 2019, Tyler Blevins atau lebih dikenali sebagai Ninja telah meninggalkan Twitch, platform streaming yang beliau mencipta nama, untuk berpindah ke Mixer dan melakukan streaming secara eksklusif di platform milik Microsoft itu.

Sebagai streamer paling popular di dunia, semestinya perpindahan tersebut menawarkan beliau dengan sejumlah wang yang begitu besar. Dan laporan terbaru telah menjangkakan berapakah nilai perjanjian itu.

Menurut CNN, kontrak eksklusif jangka panjang yang ditandatangi Ninja itu bernilai sekitar USD20-30 juta (~RM81-122 juta). Laporan ini datang dari Justin Warden, CEO untuk syarikat Ader, yang beliau kata mempunyai sumber dalaman yang mengetahui tentang perjanjian tersebut.

Ninja sememangnya streamer yang cukup dikenali di seluruh dunia, sehinggakan Epic Games baru-baru ini memasukkan skin Ninja sendiri ke dalam Fortnite.

Korang boleh tonton Ninja beraksi di Mixer melalui pautan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Di Mana Silapnya Syed Saddiq Dan Masyarakat Umum Dalam Mengangkat Terma 'Industri Esports'?

Di Mana Silapnya Syed Saddiq Dan Masyarakat Umum Dalam Mengangkat Terma ‘Industri Esports’?

Skrip Filem Uncharted Ditulis Sebagai Filem R-Rated Dan Dipenuhi Dengan Aksi-Aksi Gempak!

Filem Uncharted Ditunda Lagi, Tarikh Tayangan Kini Mac 2021, Masih Belum Ada Pengarah Baru