Bulan lalu, Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) dengan kerjasama eSports Malaysia (eSM) telah melancarkan APU eSports Malaysia Academy.

Dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Kementerian Pendidikan Tinggi, Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching, akademi ini dijangka akan menjadi sebuah institusi melatih dan menyediakan bakat-bakat eSports bukan sahaja dalam menyertai acara kompetitif, malahan mengembangkan bilangan tenaga kerja yang akan memajukan industri eSports tanah air.
Terkini, permohonan untuk menyertai akademi ini telah dibuka untuk kemasukan 22 April 2017. Empat buah game yang akan menjadi fokus, iaitu Defense of the Ancients 2 (DotA 2), League of Legends (LoL), Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) dan FIFA 17.
Setiap game memiliki 3 tahap yang perlu dilalui, iaitu Level 1 (Beginner), Level 2 (Intermediate) dan Level 3 (Advanced), di mana setiap tahap mengambil masa 12 minggu untuk dihabiskan. Pelajar boleh melangkau Level 1 dan Level 2 sekiranya memenuhi beberapa syarat tertentu.
Bermakna, sekiranya pelajar memulakan pengajian dari Level 1, masa yang diambil untuk menghabiskan pengajian ini adalah 9 bulan. Kelas pula hanya diadakan pada hunjung minggu.
Umur minimum untuk memasuki akademi ini berbeza mengikut setiap game tersebut, di mana FIFA 17 adalah 10 tahun dan ke atas, LoL (13 tahun), DotA 2 (13 tahun) dan CSGO (17 tahun). Semestinya, kanak-kanak di bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga.
Setakat ini, harga bagi setiap kursus dan kelas belum lagi diumumkan. Maklumat mengenai jurulatih/Masters juga belum disenaraikan.
Berminat untuk menyertai akademi ini? Inginkan maklumat lanjut? Anda boleh terus layari laman web rasmi APU eSports Malaysia Academy.
Hai nama lengkap saya michale rini nama di rumah max.
Saya mahu ikut esports MALAYA
Esports MALAYA boleh 👍
Edports MALAYA boleh
Boleh saya join e-sprot. Sya ingin membuahkan hasil dalam game.
hai nama saya aziz ..saya leader dari pasukan menterian esport..saya bermain sebagai hyper carry mobile legend dari squad ini dan telah bertukar possition ke bottom ..namun saya rasa nak bertukar carrier ke player dota 2 ….apa yang patut saya lakukkan untuk mengembangkan bakat saya