Perlukan PC Lebih Berkuasa Di Rumah? Sewa Dari Orange Esports Cafe Bermula RM200

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai pihak telah tampil membantu bagi meringankan kesulitan yang dialami masyarakat.

Terkini, kedai kafe siber terkemuka, Orange Esports Cafe turut tampil dengan inisiatif mereka tersendiri untuk turut membantu. Orange Esports Cafe mengumumkan perkhidmatan tawaran menyewa PC untuk kegunaan mereka yang memerlukannya di rumah ketika PKP — dikenali sebagai ‘Pl[email protected] Rental Initiative’.

Terdapat 2 jenis spesifikasi PC yang disediakan untuk disewa, iaitu Premium dan Ultimate, serta 2 tempoh waktu yang ditawarkan, iaitu selama 2 minggu atau sebulan. Di bawah ialah butiran lanjut:

  • Premium — i5 6th, 16GB RAM, kad grafik GTX 1050TI, monitor gaming BenQ 24-inci 144Hz (RM200/2 minggu atau RM350/bulan)
  • Ultimate — i5 9th, 16GB RAM, kad grafik GTX 1070TI, monitor gaming BenQ 24-inci 144Hz (RM300/2 minggu) atau RM500/bulan)

Lima game turut di-install siap iaitu Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive, Fortnite, Apex Legends dan PUBG.

Pada ketika ini, perkhidmatan ini hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang sahaja.

Untuk info lanjut, korang boleh terus hubungi Orange Esports Cafe melalui laman Facebook mereka.

JomKomen!