Bulan lalu, Malaysian Football League (MFL) telah mengumumkan ePiala Malaysia, sebuah kejohanan esports bersempena Piala Malaysia pada tahun ini. Kejohanan ini merupakan satu kerjasama eksklusif bersama Gamesbond, dan akan dipertandingkan menggunakan FIFA 20 di PS4.

Semalam, pihak MFL dan Gamesbond telah mengadakan satu sidang media bagi berkongsikan lebih lanjut tentang kejohanan ini.

Lapan pemain esports handalan FIFA tempatan telah diumumkan, yang mana setiap daripada mereka ini akan mewakili lapan pasukan yang telahpun layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 — iaitu Johor Darul Ta’zim, Kedah, Melaka, Pahang, Perak, PKNP FC, Selangor dan Terengganu FC.

Peringkat suku akhir ePiala Malaysia akan bermula pada 26 September, kemudian separuh akhir pada 17 Oktober dan perlawanan final pada 2 November 2019. Apa yang paling menarik ialah perlawanan final ePiala Malaysia bakal berlangsung sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Juara ePiala Malaysia akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 berserta trofi.

8 pemain ePiala Malaysia yang terpilih ialah seperti berikut:

  1. Muhammad Luqman Haziq Bin Hajiman (LuqmanHzq)
  2. Nur Amirul Bin Afandi (Amtuah)
  3. Muhammad Syahril Mispardi (Syahril)
  4. Kathireswaran Sugumaran (Infamous9)
  5. Mirza Mohammad Nabil Beg Bin Mirza Mohammad Taiyab Beg (Bale)
  6. Iskandar Mirza Bin Mohd Mustafa (IsMirza)
  7. Ahmad Shahrin Bin Shaharudin (Ayen)
  8. Putera Sufrie Nizam Bin Subardron (Killer)

Dalam siaran akhbar yang dikeluarkan, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata:

“Melihat populariti esports di Asia Tenggara, dengan lebih daripada 9.5 juta
peminat, kami sedang melihat esports sebagai platform untuk menggalakkan solidariti melalui bola sepak. Kami juga mahu generasi baru berminat dengan bola sepak tradisional. Oleh itu, kita sedang menonjol ke hadapan untuk merangkum dan menyokong pemain esports Malaysia.”

Pengarah Pengurusan Gamesbond, Fazli Razak pula berkata:

“Memandangkan Malaysia memiliki salah satu pangkalan peminat bola sepak terbesar di rantau ini dan komuniti ini menunjukkan sokongan yang kuat untuk acara berkaitan esports yang diadakan, kami berharap untuk terus memacu minat menerusi acara ini.”

Semua perlawanan ePiala Malaysia akan disiarkan secara langsung dan boleh ditonton menerusi Facebook Malaysian Football League atau saluran Football Malaysia di iFlix.

1 komen

  1. Buat kalian yg suka nggame dn mau nyari tambahn buruan join di hoki165,com
    Bonus nextdepo++ bisa kalian claim brkali dn lihat yg sexy2 pastinya

JomKomen!