in , , ,

Perjanjian PES Dengan Konami Dilaporkan Menghalang Barcelona Untuk Menyertai Kejohanan FIFA 20

Sepanjang seminggu yang lalu, kesemua 20 pasukan bola sepak dalam liga tertinggi Sepanyol, iaitu La Liga, telah mengambil bahagian dalam pertandingan online amal FIFA 20.

Pertandingan yang dianjurkan oleh selebriti dari negara itu, Ibai Llanos, berlangsung setelah kesemua jadual bola sepak liga itu dibatalkan dan ia bertujuan untuk mengumpulkan derma bagi membantu melancarkan urusan kawalan penularan COVID-19, dengan kerjasama UNICEF.

Setiap pasukan akan mewakilkan seorang pemain untuk memeriahkan pertandingan ini.

Tetapi, menurut laporan AS, Sergi Roberto yang sepatutnya mewakili Barcelona dan Alejandro Pozo yang ditugaskan mewakili Mallorca telah ditarik keluar daripada pertandingan itu disebabkan kerjasama kedua-dua kelab itu dengan Konami yang memiliki hak eksklusif dalam Pro Evolution Soccer (PES).

Pertandingan yang hanya disertai oleh 18 pasukan itu, tidak seperti 20 pasukan yang dihajatkan, telahpun tamat dua hari lepas dan telah dimenangi oleh Real Madrid, yang diwakili oleh Marco Asensio — mengalahkan Aitor Ruibal Garcia dari Leganes dengan jaringan 4-2.

Kerjasama antara Konami dengan kelab gergasi Catalan, Barcelona sememangnya diketahui umum. Untuk beberapa siri yang terbaharu, Barcelona telah menjadi penghias muka hadapan untuk video game PES.

Laporan ini telah dikecam teruk oleh para peminat disebabkan pertandingan online ini adalah bertujuan untuk beramal dalam situasi pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

https://twitter.com/samuelmarsden/status/1241483558562267139?s=20

Walau bagaimanapun, dalam satu laporan yang dikemaskini oleh Kotaku, Konami telah memberikan komen, dan mereka telah menafikan terhadap dakwaan yang mengatakan mereka menghalang pemain dari kedua-dua kelab itu untuk menyertai pertandingan FIFA tersebut.

“Kami boleh sahkan bahawa kami tidak menghubungi pasukan-pasukan itu dan mengarahkan mereka untuk menarik diri daripada pertandingan itu. Kami tidak mahu memberikan komen lanjut.” kata Konami.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekali Lagi, Rekod Pemain Online Serentak Di Steam Terus Dipecahkan, Kali Ini 22 Juta Pemain

Animal Crossing: New Horizons: Pemain Ini Cipta Karakter Ellie Dari The Last of Us

Animal Crossing: New Horizons: Pemain Ini Cipta Karakter Ellie Dari The Last of Us