Perhatian kepada streamers dan social media influencers di seluruh Malaysia, ini ada satu berita terbaru yang perlu korang tahu.

Gambar hiasan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDB) telah mengumumkan yang mana-mana individu, termasuk kanak-kanak, yang memperoleh pendapatan daripada reviu berbayar, endorsemen jenama, dan apa-apa bisnes yang dijalankan melalui media sosial kini terikat dengan cukai pendapatan, sekiranya mereka memperoleh lebih daripada RM5,000 sebulan.

Aktiviti peroleh pendapatan seperti ini dikategorikan sebagai satu profesion, maka sesiapa yang terlibat perlu mengisytiharkan pendapatan mereka, yang mana mereka juga dibenarkan untuk menuntut belanja bisnes dan pembayaran balik cukai, jika cukup syarat.

“Kami telah menggunakan medium seperti televisyen dan radio untuk menghubungi mereka dan kita juga telah bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk pergi ke sekolah dan universiti bagi mewujudkan kesedaran terhadap perkara ini,” kata CEO LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah, lapor Malay Mail.

Menurut LHDN, lembaga tersebut mampu mengesan mana-mana individu yang gagal untuk mengisytiharkan pendapatan mereka apabila syarikat yang membayar servis social media influencers mengisytiharkannya dalam borang cukai syarikat dan mendedahkan perincian duta tersebut atau melalui vendor yang mereka upah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.