in

Pereka The Witcher 3, Gwent: The Witcher Card Game Kini Berpindah Ke Techland

Nampaknya studio Techland berjaya menarik salah seorang bakat daripada CD Projekt RED untuk membangunkan game baru!

Damien Monnier merupakan salah seorang pereka senior di CD Projekt RED dan kini beliau telah berpindah ke studio di Finland iaitu Techland. Bagi mereka yang tidak mengenali, Techland lebih dikenali dengan dengan keluaran mereka seperti Dead Island, Dying Light dan Call of Juarez.

Bercakap dengan Eurogamer, Damien mengesahkan bahawa beliau akan terlibat dalam projek membangunkan sebuah game open world dan mempunyai unsur RPG. Sesuatu yang pastinya tidak asing bagi beliau di CD Projekt RED.

Beliau turut menyatakan bahawa game ini akan mempunyai mode single-player dan juga online co-op serta dijadualkan untuk terbit pada penghujung tahun 2018.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dokumentari Tentang DOOM, Papar Cabaran Yang Dihadapi Oleh Studio id Software

DLC Mountain Blizzard Bakal Diterbitkan Esok Untuk Forza Horizon 3