in , , , ,

Perdana Menteri Ucap Tahniah Kepada Pasukan FIFA Pro Clubs VPG Malaysia

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengucapkan tahniah kepada pasukan FIFA Pro Clubs VPG Malaysia yang menjuarai Virtual Pro Gaming (VPG) Asian Cup 2020 yang berlangsung awal bulan ini.

Beliau menyampaikan ucapan tahniah itu ketika berucap semasa majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2020 yang dirasmikan olehnya semalam.

“Bercakap mengenai esports, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan VPG Malaysia FIFA Pro Clubs yang telah mengharumkan nama negara dengan menjuarai kejohanan VPG Piala Asia baru-baru ini dan melayakkan mereka ke kejohanan VPG Piala Dunia pada tahun hadapan,” ujar beliau. “Tahniah dan syabas saya ucapkan.”

VPG Malaysia

Baru bangun tidor ni ade org anta dekat min…Alhamdulilah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin pon dalam diam follow Pro Club 😁

Posted by VPG Malaysia on Sabtu, 15 Ogos 2020

Dalam perlawanan final yang berlangsung kira-kira dua minggu lalu, VPG Malaysia berjaya mendudukkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) di final dengan aggregat 2-0.

Dalam perlawanan timbal balik pertama, Malaysia menembusi gawang UAE melalui dua jaringan daripada Muhammad Imran Burhanudeen (Imran Deen) dan Muhammad Zaqwan Saidan (zqwan). Dalam timbal balik kedua, perlawanan kekal 0-0.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Peminat Akan ‘Ternganga’ Dengan Satu Momen Ini Dalam Siri HBO The Last of Us, Kata Penulis

Fall Guys: Game Battle Royale Macam Istana Takeshi, Tapi Comel!

Fall Guys: Ultimate Knockout: Boleh Beli or Boleh Blah!?