in , ,

Perbincangan Ambil-Alih Discord Oleh Microsoft Dilaporkan Tidak Berjaya, Ditamatkan

Bulan lalu, terdapat laporan mengatakan bahawa Discord dan Microsoft sedang dalam perbincangan untuk proses pengambil-alihan dengan nilai melebihi USD10 billion (sekitar RM41 billion).

Walau bagaimanapun, menurut laporan terbaharu daripada The Wall Street Journal, perbincangan tersebut dikatakan tidak berjaya dan telah ditamatkan.

Discord dilaporkan telah menamatkan perbincangan untuk menjual platform perbualan gamer popular itu kepada beberapa syarikat, termasuk Microsoft. Sebab mereka menamatkan semua perbincangan ini kerana yakin mereka sedang menunjukkan prestasi baik dan lebih suka untuk terus menjadi syarikat bebas buat masa ini.

Kenyataan ‘buat masa ini’ memberikan petunjuk bahawa mereka mungkin akan membuka sekali lagi perbincangan pengambil-alihan pada masa akan datang.

Sebelum ini, ura-ura pengambil-alihan ini dikuatkan lagi apabila Microsoft secara rasmi mengumumkan yang servis Xbox Live kini telah menukar labelnya kepada hanya kepada Xbox network. Walaupun Microsoft menyatakan faktor penukaran ini adalah disebabkan tidak mahu mengelirukan pemain antara Xbox Live Gold (yang dah pun digunakan sejak sekian lama), ramai menjangkakan ia sebenarnya ada kaitan dengan pengambil-alihan Discord.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Ubah Fikiran, Takkan Tutup PlayStation Store Di PS3, PS Vita

Saksikan 7 Minit Pertama Filem Mortal Kombat – Scorpion Lawan Sub-Zero Penuh Aksi Berdarah