in ,

Perbezaan Bilangan Penonton The Game Awards Dan Oscars Semakin Lama Semakin Ketara

Academy Awards yang ke-93, atau lebih dikenali sebagai Oscars, telah berlangsung pada beberapa hari lalu, dan menurut CNN, acara tersebut telah mencatatkan purata tontonan paling rendah dalam sejarah penerbitannya.

Oscars 2021 hanya mengumupulkan purata 9.8 juta penonton di saluran ABC. Bilangan itu sekaligus menyaksikan 58 peratus lebih rendah berbanding acara sama tahun lalu iaitu seramai purata 23.6 juta penonton.

Itu adalah acara anugerah berkaitan industri perfileman terbesar dunia. Bagaimana pula dengan acara anugerah terbesar dalam industri gaming?

Seseorang di Twitter telah menaikkan satu perbandingan bilangan tontonan yang dicapai oleh kedua-dua anugerah untuk beberapa tahun belakangan ini. Harus diingat, bilangan yang dinyatakan adalah purata tontonan untuk Oscars, manakala The Game Awards pula adalah jumlah tontonan.

Walaupun ia merupakan dua perkiraan yang berbeza, namun agak menarik untuk kita saksikan bagaimana penurunan bilangan penonton Oscars dan peningkatan The Game Awards.

Pada 2019, The Game Awards mencatatkan 45.2 juta jumlah tontonan, yang mana Oscars pada tahun itu hanya mengumpulkan purata 29.6 juta tontonan.

2020 pula menyaksikan jumlah tontonan The Game Awards menaik hampir dua kali ganda iaitu seramai 83 juta jumlah tontonan, manakala Oscars terus menurun sehingga hanya purata 23.6 juta tontonan.

Dengan Oscars 2021 hanya mencatatkan purata 9.8 juta tontonan, dan The Game Awards 2021 dijangka terus meningkatkan jumlah tontonan, jarak antara dua acara anugerah terbesar ini bakal semakin ketara.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pembangun Mortal Kombat Dilaporkan Sedang Bangunkan Game Fighting Marvel

Game Percuma PlayStation Plus Mei 2021 – Battlefield V, Coffee Talk, Wreckfest