Sikap yang masih memandang negatif terhadap industri esports bukan sahaja berlaku dalam masyarakat kita, malah terjadi di negara-negara luar. 

Terbaru, tanda protes terhadap pelaburan kelab kesayangan mereka kepada esports telah membuatkan sebuah perlawanan bola sepak di Switzerland terhenti buat seketika.

Menurut laporan Dexerto, protes tersebut berlaku semasa perlawanan antara Young Boys dan Basel dalam Swiss Super League sedang berlangsung. Apa yang menarik ialah penyokong dari kedua-dua pasukan melakukan protes tersebut sehingga perlawanan terhenti semasa perlawanan baru sahaja bermula selama 15 minit.

Antara tanda protes yang para penyokong ini lakukan ialah membaling bola tenis dan controller PS4 yang diconteng dengan kata-kata kesat ke dalam padang, menaikkan banner dengan logo gergasi butang pause, serta lain-lain banner dengan kata-kata kesat terhadap esports.

Kata-kata kesat yang diconteng di controller PS4 tersebut ialah “f**k esports”, manakala antara banner yang kelihatan ialah “Scheiss esports” yang bermaksud “esports is s**t”.

Protes ini terjadi apabila kedua-dua kelab ini mula membuat pelaburan terhadap industri esports.

Perlawanan tersebut kemudiannya bersambung selepas objek-objek yang dibaling ke atas padang itu dikeluarkan, dan menyaksikan Young Boys membelasah Basel dengan jaringan 7-1.

JomKomen!