in , , , , ,

Penyertaan RamPaGe Gaming Ke CoD World League Sydney Bukti Anak Muda Negara Mampu Menyerlah Di Peringkat Antarabangsa

Anak muda, video game dan perkara tidak berfaedah, tiga istilah ini haruslah kita buang jauh-jauh dalam stigma masyarakat tempatan pada masa kini. Sebaliknya, istilah anak muda dan video game, jika disalurkan ke arah yang betul, bolehlah kita kaitkan dengan hadiah lumayan serta mampu untuk mengharumkan nama negara.

Minggu lalu, sepasukan anak muda yang berumur dari 19 tahun hingga 21 tahun ini telah menyertai Call of Duty World League Sydney Open 1 – sebuah kejohanan utama peringkat Asia Pasifik pertama untuk musim Call of Duty: Infinite Warfare. Pasukan yang digelar RamPaGe Gaming ini merupakan sebuah pasukan gabungan antara Malaysia dan Singapura.

Kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak AUD30,000 (RM101,315) ini telah mengumpulkan 34 pasukan CoD terbaik dari seluruh Asia Pasifik dan Australia.

RamPaGe Gaming menamatkan perjuangan di Call of Duty World League Sydney Open 1 di Losers Bracket Round 2 selepas tewas kepada pasukan Australia, Apotheon Gaming dengan keputusan 1-3.

Pasukan RamPaGe Gaming ini terdiri daripada Abdul Hakim Tajudin, 19, Muhamad Syawal Saini, 20, Muhamad Azim Azhar, 19, dan Muhammad Amirul Hakim Eadi, 21.

Antara pasukan terbaik Australia yang menyertai kejohanan ini ialah pasukan Mind Freaks, Tainted Mind dan The Chiefs. Pasukan Mind Freak telah dinobatkan sebagai juara selepas menumpaskan pasukan Tainted Mind dengan keputusan 2-0 dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada 5 Mac 2017.

Menurut Megat Danish Izmeer, 19 tahun, selaku pengurus pasukan RamPaGe Gaming, penyertaan sulung Malaysia di kejohanan peringkat Asia Pasifik di Sydney, Australia ini adalah satu pencapaian memberangsangkan selepas pasukan mereka telah berjaya melayakkan dan meletakkan diri mereka dalam kedudukan kedua terbaik di Asia – melalui kejohanan Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship.

“Penyertaan pertama pasukan Malaysia ini dalam kejohanan Call of Duty bertaraf antarabangsa menunjukkan pemain Malaysia telah melonjakkan kedudukan mereka dan mampu bersaing dalam senarai pemain profesional eSports dunia. Apa yang perlu mereka lakukan ialah supaya lebih kerap didedahkan dengan penyertaan dunia seumpama ini,” kata Mark Aubrey, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Activision Asia Pasifik.

Anda boleh baca di sini untuk mengetahui tentang kejohanan Call of Duty terbesar di Asia Pasifik ini serta mengenali lebih tentang pasukan RamPaGe Gaming.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Filem Adaptasi Just Cause Diumumkan – Dibintangi Oleh Jason Momoa!

Filem Adaptasi Just Cause Diumumkan – Dibintangi Oleh Jason Momoa!

Game FPS Perang Dunia Pertama, Verdun Dikeluarkan Untuk Xbox One Pada Hari Ini

Game FPS Perang Dunia Pertama, Verdun Dikeluarkan Untuk Xbox One Pada Hari Ini