in ,

Penyerang Liverpool, Diogo Jota Kini Pemain Nombor Satu FIFA 21 Di Dunia Untuk PlayStation

Penyerang baharu Liverpool, Diogo Jota bukan sahaja telah memberikan impak yang cukup besar kepada pasukan The Reds walaupun setakat ini hanya bermain beberapa perlawanan, tetapi beliau mempunyai satu lagi bakat yang cukup mengagumkan.

Kecederaan yang dialaminya kini nampaknya beliau gunakan dengan sebaik mungkin. Pemain asal Portugal itu kini berada di kedudukan nombor satu dunia dalam ranking FIFA 21 Ultimate Team Champions untuk platform PlayStation selepas berjaya mencapai 30-0 sekali lagi ketika Weekend League.

Lebih menakjubkan apabila Jota mencapainya hanya pada ketika tengah hari Sabtu (waktu tempatan), yang mana tempoh Weekend League itu masih lagi panjang.

Daripada tweet DiogoJota Esports, akaun Twitter yang memfokuskan kepada aktiviti FIFA Jota, dapat kita saksikan kesebelasan utama yang digunakan oleh beliau. Tentunya, pemain dengan rating tertinggi adalah karakter beliau sendiri iaitu setinggi 99, yang mana EA akan memberikan kad pemain diri sendiri kepada para pemain bola sepak terkemuka yang aktif bermain FUT.

Selain itu, pasukannya turut mempunyai kad ikon seperti Ronaldo de Lima, Eusebio, Ruud Gullit dan Patrick Viera.

Jota sememangnya seorang pemain FIFA yang handal. Kalau korang masih ingat, pada April 2020, Jota yang ketika itu masih lagi pemain Wolves, telah menumpaskan Trent Alexander-Arnold dalam perlawanan final FIFA 20 ePremier League Invitational.

Sebagai peminat tegar Liverpool, penulis berharap Jota dapat pulih dari kecederaan secepat mungkin, seterusnya menterjemahkan bakat game FIFA beliau ke atas padang pula.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Banyak Game Mobile Percuma Warcraft Sedang Dibangunkan, Kata Activision

Mod The Mandalorian Dan Baby Yoda Ditambah Oleh Peminat Dalam Star Wars Battlefront 2

Satu Game Star Wars Skala Kecil Oleh EA Akan Dilancarkan Tahun Ini – Khabar Angin