in , ,

Penulis Siri TV Westworld Sertai The Last of Us Part II, Janjikan Penceritaan Yang “Tegang”

Sedikit info terbaru telah dikongsi oleh pengarah kreatif Naughty Dog.

the-last-of-us-2

Hujung minggu lalu, dunia gaming telah digemparkan dengan pengumuman The Last of Us Part II. Terbaru, pengarah kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann telah mendedahkan siapakah penulis skrip bersama (co-writer) untuk sekuel ini.

Bercakap di laman Twitter-nya, Druckmann mengumumkan bahawa Halley Gross, penulis skrip untuk siri TV yang menjadi bualan sedunia, Westworld, akan turut menjadi co-writer, membantu beliau sendiri dalam menulis The Last of Us Part II.

Gross juga terlibat dalam siri-siri TV lain seperti Snowpiercer, Cinemax’s Banshee, and siri akan datang Emerald City.

the-last-of-us-2

Druckmann turut menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk berkongsi lebih lanjut mengenai kisah ini kepada semua, dan mengakhiri tweet tersebut dengan mengatakan bahawa jalan cerita tersebut sebagai “tegang”.

Sebelum ini, semasa panel PlayStation Experience 2016, Druckmann telah mengatakan bahawa game ini akan berkisar tentang “kebencian” dan bakal membawakan jalan cerita yang lebih mendalam.

The Last of Us Part II kini berada dalam pembangunan untuk PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Yakuza 6: The Song of Life Dijadualkan Untuk Pasaran Antarabangsa!

Dishonored 2: Boleh Beli or Boleh Blah?!