Mengetahui bahawa penulis siri tv ini juga merupakan seorang gamer, mungkin kita akan meletakkan keyakinan yang lebih tinggi?
Susalan daripada pengumuman HBO untuk menerbitkan siri televisyen The Last of Us, penulisnya, Craig Mazin telah berkongsikan senarai 20 game kegemarannya bersama para pengikutnya di Twitter.
Sudah tentu, berada dalam senarai ini ialah game The Last of Us sendiri yang dibangunkan oleh Naughty Dog. Di bawah ialah senarai penuh yang beliau kongsikan, yang mana katanya, senarai ini tidak mengikut apa-apa turutan:
- The Last of Us
- The Elder Scrolls V: Skyrim
- The Elder Scrolls IV: Oblivion
- Grand Theft Auto IV
- Grand Theft Auto V
- Fallout New Vegas
- Fallout 4
- GoldenEye 007
- Super Mario 64
- BioShock
- Mass Effect
- Mass Effect 2
- Mass Effect 3
- Half-Life
- Portal
- Batman: Arkham City
- The Legend of Zelda: Ocarina of Time
- Star Raiders
- Dishonored 2
- The Bard’s Tale
https://twitter.com/clmazin/status/1235751042987384832?s=20
Menambah senarai 20 game ini, beliau turut menyatakan beberapa game lain yang layak disebut, seperti Uncharted 4: A Thief’s End, The Witcher 3: Wild Hunt, Red Dead Redemption 2, Assassin’s Creed Origins, Assassin’s Creed Odysssey, MLB: The Show, Borderlands 2, dan siri game Telltale.
Adaptasi game berlatarbelakangkan pasca-apokalips ini akan mendapat kerjasama antara Craig Mazin, penulis untuk siri mini Chernobyl di HBO, dan Neil Druckmann, orang penting dari Naughty Dog yang menjadi penulis utama untuk game asal The Last of Us serta sekuelnya yang akan dikeluarkan pada tahun ini.
Siri TV The Last of Us ini merupakan karya pertama daripada PlayStation Productions, sebuah kumpulan penerbitan filem dan TV di bawah Sony Interactive Entertainment.
Buat masa ini, pembikinan siri TV ini masih lagi di peringkat awal, dan tiada waktu pelancaran didedahkan.
Terima kasih, Comicbook.
Comments
Loading…