in , , ,

Penukaran Nama ID PSN Boleh Buatkan Pemain Kehilangan Save Data, Progress, Leaderboards Dan DLC Berbayar

Sony telah mengumumkan secara rasmi kira-kira dua minggu lalu bahawa mereka akhirnya akan membawakan fungsi penukaran nama ID PSN untuk para pemain PlayStation. 

Dalam pengumuman tersebut, Sony telah menyatakan terus bahawa mungkin akan terdapat beberapa isu yang tidak diingini apabila para pemain menukar ID PSN ini. Walau bagaimanapun, mereka tidak menerangkan secara jelas apakah “masalah” yang bakal dihadapi itu.

Terbaru, seperti yang dijanjikan, Sony telahpun menghantar jemputan untuk sesetengah pemain bagi mencuba fungsi ini dalam fasa beta. Pelbagai info penting yang lebih terperinci telah diberikan kepada para pemain yang mencuba, dan pemain-pemain ini telah berkongsikan kepada umum apakah halangan yang mungkin akan dihadapi oleh sesetengah pemain apabila menggunakan fungsi penukaran ID ini.

Paling mengejutkan ialah pemain mempunyai kemungkinan untuk kehilangan akses kepada beberapa kandungan, termasuklah kandungan (DLC) berbayar seperti add-on dan matawang dalam game.

Bukan itu sahaja, pemain mungkin juga boleh kehilangan progress dalam game, termasuklah save data, leaderboard data dan progress untuk trofi. Lebih membimbangkan, sebahagian game dan aplikasi pemain mungkin tidak akan berfungsi dengan baik, termasuk kedua-dua online dan offline.

Di bawah ialah deskripsi penuh daripada Sony tentang isu tersebut (tanpa terjemahan):

Important Information Before Changing your Online ID:

Not all games and applications for PS4™, PS3™, PS Vita, and other PlayStation® systems support the Online ID change feature. If you change your Online ID:

You may lose access to content (including paid-for content) that you have acquired for your games, including content like add-ons and virtual currency.
You may lose your progress within games, including game saved data, leaderboard data and progress toward trophies.
Parts of your games and applications might not function properly, both online and offline.
Your previous Online ID(s) may remain visible to you and other players in some places.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kemungkinan besar, isu ini hanya akan timbul kepada sesetengah game sahaja. Semua game yang telah dilancarkan selepas 1 April 2018 akan menyokong fungsi ini, manakala untuk game yang keluar sebelum itu, bukan semua game akan diperbaharui dengan sokongan ini. Senarai game yang dilancarkan sebelum tarikh tersebut yang akan mendapat sokongan ini akan didedahkan di PlayStation.com untuk rujukan sebelum para pemain membuat pertukaran.

Fungsi ini akan dilancarkan sepenuhnya kepada semua pemain PS4 pada awal tahun 2019. Info lanjut tentang fungsi ini korang boleh ketahuinya di sini.

Sumber: Siliconera

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Jom Saksikan Gameplay Red Dead Redemption 2 Yang Tertiris, Jangan Risau Tiada Spoiler!

EA Sports Akan Perbaiki 'Bicycle Kick' Dalam FIFA 19 Melalui Kemaskini Terbaru

EA Sports Akan Perbaiki ‘Bicycle Kick’ Dalam FIFA 19 Melalui Kemaskini Terbaru