Fungsi cross-play yang terdapat dalam Call of Duty: Warzone dan Modern Warfare telah membenarkan para pemain di ketiga-tiga platform — PC, PS4 dan Xbox One — main bersama.
Kelebihan yang ada pada mereka yang menggunakan keyboard/mouse berbanding yang menggunakan controller sebenarnya tidak menjadi isu yang terlalu besar kerana pemain konsol masih lagi mampu bersaing dengan pemain PC secara sihat. Sebaliknya, mereka yang menipu (cheating) telah mengganggu keharmonian ini.
PC sememangnya satu platform yang cukup mudah untuk melakukan penipuan berbanding di konsol. Selepas menemui ramai pemain di PC yang menipu, para pemain di konsol telah menutup kebenaran untuk meletakkan mereka dalam matchmaking cross-play bagi mengelakkan mereka bertemu dengan pemain di PC.
Di sebalik kenyataan Infinity Ward yang telah mengharamkan (ban) lebih daripada 70,000 pemain yang menipu serta mengatakan yang mereka tiada toleransi terhadap penipu, masih ramai pemain konsol yang merungut kerana sentiasa menemui penipu apabila menghidupkan fungsi cross-play.
We've now issued over 70,000 bans worldwide to protect #Warzone from cheaters. We're continuing to deploy dedicated security updates and work continues on improving in-game reporting. We'll share more details soon. We are watching. We have zero tolerance for cheaters.
— Infinity Ward (@InfinityWard) April 13, 2020
Antara cara penipuan yang paling banyak digunakan ialah aimbot seperti yang boleh disaksikan di bawah:
Macam mana pula dengan korang yang bermain di konsol? Membenarkan cross-play atau menutupnya sahaja? Sekiranya membenarkan, ada terjumpa dengan penipu-penipu ini?
Terima kasih, Eurogamer.
Comments
Loading…