Semakin hari kita semakin menghampiri ke temasya sukan terbesar Asia Tenggara, Sukan SEA 2019 yang bakal berlangsung di Filipina. Semestinya, kontinjen negara sedang mempersiapkan dengan rapi segala keperluan para atlet negara, termasuklah kontinjen esports negara.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) telah mengumumkan Pengurus Pasukan untuk kontinjen esports negara ke Sukan SEA. ESM telah melantik Firdaus Hashim atau lebih dikenali sebagai MasterRamen sebagai Pengurus Pasukan buat semua atlet esports yang akan mewakili tanah air pada November kelak.

Kenyataan itu turut menyatakan, “adalah diharapkan, beliau dapat mengurus dan membimbing serta memberikan motivasi kepada kesemua atlet esukan sepanjang temasya tersebut berlangsung dan memperoleh pingat emas sebanyak mungkin.”

JomKomen!