Pasukan Manchester United memulakan musim ini dengan prestasi yang kurang menyengat, sehinggakan posisi pengurus Jose Mourinho diganti oleh Ole Gunnar Solskjær — pemain legenda The Red Devils yang menjadi hero semasa final UEFA Champios League 1999.

Walaupun masih lagi sebagai seorang “caretaker” sahaja, Solskjær menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan selepas mengambil alih pucuk pimpinan daripada The Special One. Itu semua berita yang sudah kita tahu, namun, ada satu trivia yang mungkin korang tidak tahu tentang pengurus muda ini.

Dalam satu temuramah beliau bersama Dagbladet pada tahun 2016, semasa menjadi pengurus di kelab Molde di Norway (secara teknikalnya beliau masih lagi pengurus di sana kerana menjadi “caretaker” sahaja di Man Utd), beliau mendedahkan sesuatu yang agak menarik.

Solskjær mendedahkan bahawa semasa masih lagi seorang pemain di Man Utd, beliau sering bermain Football Manager pada waktu lapang. Beliau menyifatkan Football manager sebagai sebuah game yang fantastik dan beliau banyak belajar tentang bola sepak daripada game tersebut — terutamanya lebih mengenali pelbagai pemain muda.

Solskjær sangat memuji bagaimana tepatnya info para pemain yang ada dalam game itu apabila dibandingkan dengan dunia sebenar seperti siapakah pemain yang akan menyinar apabila usia mereka meningkat naik. “Mereka telah menjalankan kajian yang sangat hebat,” kata bekas pemain yang pernah mendapat jolokan “Super Sub” itu.

Kemudian, dalam temuramah tersebut, Solskjær turut telah memperlihatkan laptop beliau dan menunjukkan serba sedikit bagaimana beliau mengurus pasukannya dalam Football Manager. Korang boleh tontonnya di bawah:

JomKomen!