in , , , ,

Pengubahsuaian Karakter Dalam Moving Out Boleh Naik Kerusi Roda, Pakai Hijab

Masih ingat tentang game Moving Out yang pernah kami kongsikan sebelum ini?

Sebuah game dari penerbit Overcooked, serta mempunyai gameplay yang seakan sama dengan Overcooked. Kalau Overcooked adalah game co-op memasak di dapur, Moving Out pula ialah sebuah game co-op yang gameplaynya adalah untuk mengangkat barangan-barangan di dalam rumah untuk dipindahkan.

Menurut VG247 yang telahpun mencuba Moving Out, game ini mempunyai beberapa opsyen difficulty dan pengubahsuain karakter yang bagus.

Berbeza dengan Overcooked, difficulty atau accessibility dalam game ini boleh dilaraskan mengikut kesesuaian para pemain. Misalnya, barangan-barangan yang dimasukkan ke dalam van perlu disusun dengan kemas atau untuk lebih memudahkan ia boleh saja dihilangkan selepas masuk ke dalam van itu. Kemudian, kita boleh memilih untuk membenarkan pemain untuk mengangkat barangan-barangan besar seorang diri (tanpa perlu bantuan pemain lain) ataupun tidak.

Pengubahsuain karakter juga agak menarik. Ya, dalam Overcooked 2 ada karakter yang berkerusi roda, tapi pemain hanya boleh pilih karakter itu saja dan tidak boleh melakukan sebarang pengubahsuaian. Untuk Moving Out pula, setiap karakter boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing — termasuk ingin menaiki kerusi roda dan berhijab.

Dalam satu balasan di Twitter, akaun pembangun game ini, SMG Studio mendedahkan bahawa ketua studio ini merupakan seorang muslim, maka sebab itu mereka memasukkan pengubahsuaian berhijab ini.

https://twitter.com/smgstudio/status/1226621723967025152?s=20

Moving Out akan dilancarkan pada 28 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Switch.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Apabila Quidditch Dari Harry Potter Dan Rocket League Bergabung, Memperkenalkan Broomstick League

Apabila Quidditch Dari Harry Potter Dan Rocket League Bergabung, Memperkenalkan Broomstick League

Mobile Kini Platform Terbesar Activision, Lebih Banyak Game Mobile Selepas Kejayaan Call of Duty: Mobile