in ,

Penghantaran Global Unit Fizikal Final Fantasy VII Remake Dibuat Lebih Awal Kerana Wabak COVID-19

Kita pasti sudah biasa dengar, disebabkan wabak pandemik COVID-19, semua kerja yang dijalankan di seluruh dunia akan tertangguh atau diperlahankan. Tetapi lain pula ceritanya dengan pelancaran Final Fantasy VII Remake.

Square Enix telah mengumumkan bahawa penghantaran unit fizikal untuk game ini telahpun dihantar kepada para pemain yang telah membuat pra-tempah di negara-negara Eropah dan Australia. Untuk negara-negara barat di sebelah Amerika pula, mereka akan membuat penghantaran pada minggu ini.

Untuk pasaran Asia pula, mereka tidak menyatakan apa-apa, namun kemungkinan besar akan mengikuti langkah sama.

Syarikat itu menerangkan mereka cukup sukar untuk membuat keputusan memikirkan bagaimana untuk memastikan setiap pemain akan menerima unit fizikal masing-masing tepat pada waktunya pada hari pelancaran. Maka, mereka telah memutuskan untuk menghantar unit-unit lebih awal supaya para pemain dapat bermain pada hari pelancaran.

Walau bagaimanapun, Square Enix telah mengingatkan bahawa akan ada kemungkinan para pemain akan mendapat unit ini lebih awal sebelum ia dilancarkan secara rasmi pada 10 April. Maka, mereka memohon untuk pemain tidak berkongsikan apa-apa spoiler di Internet. Walaupun game ini merupakan remake kepada game yang pernah dilancarkan pada 1997, kata Square Enix, versi remake ini akan mempunyai beberapa kejutan baharu.

Untuk mereka yang membuat pra-tempah secara digital, tunggu pada hari pelancaran 10 April ini ya.

Untuk selama setahun pertama, Final Fantasy VII Remake akan menjadi eksklusif di PS4 sebelum dilancarkan ke platform lain.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Seperti Dijangka, Tayangan Filem Uncharted Ditunda Lagi Ke Oktober 2021 Kerana Wabak COVID-19

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Kini Dilancarkan, Eksklusif 30 Hari Di PS4 Sebelum Ke Platform Lain

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Kini Dilancarkan, Eksklusif 30 Hari Di PS4 Sebelum Ke Platform Lain