in ,

Pengguna Steam Pilih Resident Evil Village Game Terbaik 2021, Cyberpunk 2077 Game Story Mengagumkan

Saban tahun, Valve akan mendedahkan game-game terbaik sepanjang tahun, yang dipilih oleh para pengguna Steam.

Kini, barisan game terbaik pilihan platform gaming terbesar dunia itu untuk tahun 2021 telah diumumkan, membariskan game-game yang sudah dijangka serta sedikit kejutan.

Game of the Year atau game terbaik yang dipilih oleh pengguna Steam adalah Resident Evil Village. Ia pastinya bukan satu kejutan kerana game seram yang dibangunkan Capcom itu turut memenangi anugerah game terbaik dari pelbagai pihak media.

Satu game yang mungkin memberikan kejutan adalah Cyberpunk 2077. Setelah tersungkur tersembam pada 2020, game open-world terbitan CD Projekt Red itu nampaknya telah bangkit menambat hati para peminat dengan dinobatkan sebagai Outstanding Story-Rich Game atau game penuh penceritaan yang mengagumkan.

Berikut ialah senarai penuh anugerah yang diumumkan The Steam Awards untuk tahun 2021:

  • Game of the Year: Resident Evil Village
  • VR Game of the Year: Cooking Simulator VR
  • Labor of Love: Terraria
  • Better with Friends: It Takes Two
  • Outstanding Visual Style: Forza Horizon 5
  • Most Innovative Gameplay: Deathloop
  • Best Game You Suck At: Nioh 2 – The Complete Edition
  • Best Soundtrack: Marvel’s Guardians of the Galaxy
  • Outstanding Story-Rich Game: Cyberpunk 2077
  • Sit Back and Relax: Farming Simulator 22

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Peta Penuh Untuk Horizon Zero Dawn Sudah Didedahkan!

Saksikan Horizon Zero Dawn Dimainkan Dalam VR First-Person

Sony Umum Nama Rasmi PlayStation VR2, Horizon Call of the Mountain Adalah Game Pertama