in ,

Pengguna Mouse Dan Keyboard Dilaporkan Sedang Mendominasi PUBG Mobile

Pemain PUBG Mobile sedang berhempas-pulas untuk memenangi perlawanan battle royale apabila mereka mempunyai masalah baru. Pemain yang menggunakan emulator dan penggunaan mouse dan keyboard sedang mendominasi pemain yang menggunakan smartphone.

Motherboard melaporkan bahawa sesetengah pemain PUBG Mobile sedang menggunakan peranti seperti Chromecast atau emulator untuk disambungkan bersama dengan peranti Bluetooth dalam klien game mereka dan menggunakan kawalan mouse serta keyboard.

Sementara pemain lain menggunakan kawalan sesentuh yang lebih perlahan di smartphone mereka, pemain yang menggunakan mouse dan keyboard lebih senang untuk mendominasi pemain-pemain lain.

Kaedah yang paling biasa dilakukan adalah dengan emulator Android yang mudah digunakan yang dipanggil sebagai Bluestacks. Bluestacks membenarkan pemain untuk menetapkan butang-butang papan kekunci ke butang-butang kawalan pada skrin sesentuh. Apabila sudah selesai ditetapkan, kesemuanya akan berfungsi seperti game asal daripada game mobile.

PUBG Mobile sudahpun menerima beberapa kritikan kerana kemunculan bots yang memenuhi dalam perlawanan sehinggakan pemain mudah untuk memenanginya. Pemain yang pertama kali bermainnya akan meraih kemenangan dengan mudah kerana jumlah bots yang diletakkan. Dengan penggunaan mouse dan keyboard, pemain lain lebih mudah untuk dikalahkan.

 

Situasi ini menyerupai isu yang dihadapi oleh Fortnite Battle Royale baru-baru ini di konsol. Di mana penggunaan mouse dan keyboard boleh digunakan secara plug-n-play sahaja untuk pergerakan yang lebih pantas.

YouTuber popular seperti Jackfrags telah cuba untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai, menunjukkan betapa mudahnya untuk menggunakan kelengkapan khas dan mendominasi perlawanan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kami Dah Cuba Fortnite Mobile, Dan Amat Kagum Dengan Sistem ‘Segala-Galanya Cross’

Penganalisis Ramalkan CoD Black Ops 4, Anthem, Red Dead Redemption 2 Dan Banyak Lagi Akan Mendapat Mode Battle Royale