Rindu dengan siri game klasik Metal Slug?

Tidak lama lagi korang boleh mainkan Metal Slug Infinity di telefon pintar korang. Tidak seperti game bergenre shooter platformer seperti dulu, Metal Slug Infinity membawakan genre idle RPG. Korang hanya perlu menekan beberapa butang untuk melancarkan askar-askar Metal Slug korang.

Setakat ini, karakter-karakter ikonik seperti Eri, Fio, Marco, dan Tarma telah disahkan akan boleh dimainkan dalam game ini nanti.

Pengguna Android dah pun boleh pra-daftar Metal Slug Infinity di Google Play Store melalui pautan ini. Walau bagaimanapun, untuk pengguna iOS ia masih belum boleh mendaftar apa-apa di App Store.

Korang boleh saksikan trailernya di bawah:

Sumber: Siliconera

JomKomen!