in ,

Pengganti E3, Summer Game Fest Diumumkan, Bermacam Berita Gaming Selama 4 Bulan

Saban tahun, pertengahan tahun menjadi waktu di mana lambakan berita dan pengumuman baharu berkaitan gaming dilakukan — tidak kiralah sama ada ia berlangsung di pentas E3 ataupun secara berasingan. Namun tahun ini berbeza selepas situasi pandemik yang berlaku kepada dunia ketika ini.

Tapi itu bukan alasan untuk para penerbit dan pembangun video game untuk tidak mengumumkan sesuatu. Summer Game Fest telah diperkenalkan oleh Geoff Keighley bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh acara-acara yang sepatutnya berlangsung sekitar E3 2020.

Summer Game Fest akan menghimpunkan beberapa penerbit dan pembangun besar dalam industri untuk terus menyajikan berita-berita terkini, acara dalam game, acara digital dan kandungan-kandungan percuma yang boleh dimainkan — berlanjutan selama empat bulan iaitu dari bulan Mei hingga Ogos ini.

Berikut ialah senarai penerbit dan pembangun yang sudah disahkan akan terlibat dengan acara ini melalui ‘Fasa 1’:

  • 2K
  • Activision Publishing
  • Bandai Namco Entertainment
  • Bethesda
  • Blizzard Entertainment
  • Bungie
  • CD Projekt Red
  • Digital Extremes
  • Electronic Arts
  • Microsoft
  • Sony Interactive Entertainment
  • Square Enix
  • Private Division
  • Riot Games
  • Steam
  • Warner Bros. Interactive Entertainment

Acara pertama yang akan terlibat sebagai sebahagian daripada Summer Game Fest ialah acara pendedahan Xbox Series X yang akan berlangsung pada 7 Mei ini, 11 malam (waktu Malaysia).

Selain itu, tiada butiran lanjut tentang bagaimana acara ini akan berjalan dan apakah format yang akan digunakan untuk pengumuman-pengumuman lain, malah jadualnya juga belum dikongsikan.

Jadi, untuk dapatkan perkembangan terkini Summer Game Fest, korang boleh ikuti di akaun rasmi di Youtube, Twitter, Instagram dan Facebook.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Sony Sudah Kenal Pasti Siapa Meniriskan Jalan Cerita The Last of Us 2, Tiada Kaitan Dengan Naughty Dog

Babak Deepfake Uncharted 4 Ini Ditukarkan Kepada Wajah Nathan Fillion, Seperti Babak Sebenar!

Video Deepfake Ini Menukar Babak Uncharted 4 Kepada Wajah Nathan Fillion, Menakutkan!