in , ,

Penggambaran The Last of Us HBO Dijadual Berjalan Hampir Setahun Bermula Julai Ini

Siri televisyen adaptasi dari video game Naughty Dog, The Last of Us terbitan HBO akan memulakan penggambaran pada Julai ini.

Menurut Persatuan Pengarah Kanada, penggambaran akan berjalan di Calgary, Kanada bermula 5 Julai 2021 hingga 8 Jun 2022, lapor CBC. Satu jangka waktu yang agak panjang untuk satu musim siri tv.

Baru-baru ini, penulis-bersama Neil Druckmann mendedahkan yang mereka akan mengangkat dialog terus dari game pertama, tapi beberapa episod dalam musim pertamanya kelak akan ‘menyimpang jauh’ daripada peristiwa-peristiwa yang pernah kita mainkan dalam game.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie.

Kerusi pengarah untuk episod pertama telah diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann. Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Battlefield Seterusnya Mungkin Akan Ada Bencana Alam Yang Dapat Musnahkan Bangunan

Tencent Mempatenkan Controller Yang Kelihatan Menggabungkan Controller PlayStation-Xbox