in , ,

Penggambaran Penuh Cabaran Musim Kedua The Witcher Netflix Akhirnya Tamat

Setelah mengharungi pelbagai cabaran panjang ketika sesi penggambaran dalam suasana pandemik global COVID-19, ia akhirnya berjaya diselesaikan.

Penggambaran musim kedua The Witcher terbitan Netflix telah tamat, menandakan ia kini memasuki fasa pasca-produksi. Berita ini diumumkan di akaun-akaun rasmi The Witcher serta laman media sosial para pelakonnya.

Netflix turut mengeluarkan video pendek yang memperlihatkan beberapa rakaman di sebalik tabir pembikinin penuh cabaran yang melibatkan 15 lokasi penggambaran, 89 pelakon, dan 1,200 kru. Jom layan:

Buat masa ini, tarikh mula tayangan musim kedua The Witcher masih lagi belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tencent Mempatenkan Controller Yang Kelihatan Menggabungkan Controller PlayStation-Xbox

Kira-Kira Lebih 2,000 Game Digital Akan Hilang Selepas Penutupan PS Store Di PS3, Vita, PSP