Setelah tergendala lebih 10 tahun, bertukar tujuh pengarah, kita tentunya sudah merasakan filem ini tidak akan berjaya disiapkan. Tapi itulah apa yang berlaku sahaja berlaku.
Akaun Twitter rasmi filem Uncharted telah mengumumkan bahawa penggambaran filem itu telahpun tamat. “Sic Parvis Magna. That’s a wrap on #UnchartedMovie,” kata tweet tersebut sambil memuatnaik gambar yang menunjukkan nama pengarahnya, Ruben Fleischer dan pengarah fotografinya, Chung-Hoon Chung.
Dalam masa yang sama, pelakon untuk watak Sully, Mark Wahlberg pula telah mendedahkan salah satu baju yang dipakainya ketika penggambaran. Sememangnya, ia merupakan baju kameja yang cukup sinonim dengan apa yang Sully selalu pakai dalam francais video game Uncharted, malah ada juga rokok cerut terletak di atas meja yang menjadi kegemaran Sully.
Filem Uncharted ini akan diarahkan oleh Ruben Fleischer. Antara arahan yang mengangkat nama Fleischer ialah filem Zombieland dan Venom. Ia akan dibintangi oleh Tom Holland sebagai Nathan Drake yang muda dan Mark Wahlberg sebagai Sully, selain turut menampilkan Antonio Banderas, Sophia Ali dan Tati Gabrielle.
Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada Julai 2021.
Comments
Loading…