in , ,

Penggambaran Episod Pertama Siri TV The Last of Us Telah Tamat, Umum Pengarah

Penggambaran episod pertama siri televisyen The Last of Us terbitan HBO telah berjaya disiapkan.

Berita ini diumumkan sendiri oleh pengarah episod pertama, Kantemir Balagov di Instagramnya. Produksi siri ini telah bermula Julai lalu dan dijadualkan akan tamat sepenuhnya sebelum Jun 2022.

“Kerja saya di sini dah habis,” kata Balagov. “Saya amat bersyukur untuk peluang ini. Ia satu pengalaman hebat dengan suka dan duka. Salam sayang kepada kru dan terutamanya orang-orang ini,” sambil memetik nama-nama penerbit, penulis, pelakon dan kru-kru lain.

Post itu diakhiri dengan “Masa untuk kembali ke Rusia.”

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah ketahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; dan Anna Torv sebagai Tess.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Gambar pertama dari set penggambaran sudah dikongsikan, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kekurangan Stok Cip Untuk PS5 Akan Berterusan Hingga 2023, Kata Pengeluar Cip

Gameplay eFootball Mula Tertiris – Korang Lihat Dan Nilaikan Sendiri