The Last of Us Part II merupakan game eksklusif PlayStation yang paling dinantikan pada ketika ini, dan Naughty Dog telah berkongsikan perkembangan terbaru tentang game ini.

Pengarahnya, Neil Druckmann telah mengeluarkan dua tweet yang mungkin telah membuatkan kita semua sudah tidak senang duduk. Pertama, Druckmann telah memuatnaik gambar kertas skrip yang tertulis “The End”. Beliau mengatakan yang mereka baru sahaja tamat merakamkan babak tersebut.

Keduanya, Druckmann turut telah memuatnaik gambar Troy Baker (Joel) dan Ashley Johnson (Ellie) yang mana menurutnya, mereka baru sahaja tamat membuat penggambaran untuk babak dikatakan sebagai babak paling bercita-cita tinggi pernah mereka rakamkan. Mereka telah menitiskan air mata selepas penggambaran tersebut.

Walau bagaimanapun, korang janganlah terlalu berharap yang game ini bakal dilancarkan pada waktu terdekat kerana menurut tweet akaun rasmi Naughty Dog, masih banyak lagi yang perlu disiapkan selepas penggambaran babak terakhir ini.

The Last of Us Part II bakal dilancarkan secara eksklusif ke PS4, dan masih belum ada tarikh pelancaran.

JomKomen!