Kira-kira sebulan selepas pelancaran Cyberpunk 2077 yang penuh dengan kontroversi, individu atasan CD Projekt Red telah tampil ke hadapan untuk menjelaskan apa sebenarnya yang telah berlaku dan apa perancangan mereka seterusnya untuk game open-world itu.
Pengasas-bersama CDPR, Marcin Iwinski telah tampil dalam satu video yang berdurasi 5 minit. Beliau menerangkan apakah punca kepada isu yang dihadapi oleh versi di konsol, walaupun versi di PC tidaklah menimbulkan masalah yang terlalu besar.
Secara ringkasnya, beliau mendedahkan yang niat asal mereka adalah untuk menyajikan sesuatu yang epik di platform PC, kemudian hanya melaraskannya ke dalam versi-versi konsol, terutamanya PS4 dan Xbox One. Pada mulanya mereka merasakan ia satu kerja yang mudah, namun beliau mengakui kesilapan itu.
Ketika proses pembangunan, mereka lihat ada penambahbaikan signifikan hari demi hari, sehinggakan yakin yang pasukannya dapat memperbaiki segala isu yang dihadapi pada hari pelancaran.
Iwinski menegaskan yang keputusan untuk tetap melancarkan game itu pada tarikh tersebut merupakan seratus peratus pilihan pihak pengurusan atasan. Beliau memohon agar para peminat jangan menyalahkan para pembangun yang bertungkus-lumus cuba untuk memperbaiki game itu.
Video ini turut mendedahkan apakah perancangan CDPR untuk masa depan Cyberpunk 2077. Mereka telah mendedahkan roadmap Cyberpunk 2077, meletakkan beberapa jangkaan waktu bilakah patch dan DLC baharu akan dilancarkan. Korang boleh lihatnya di bawah:
Akhir sekali, CDPR memberitahu bahawa versi asli PS5 dan Xbox Series X (bukan backward compatibility dari konsol generasi terdahulu) akan dilancarkan pada separuh kedua tahun 2021.
Comments
Loading…