in ,

Pengarah The Last of Us 2 Sudah Mula Mengacah Multiplayer – “Ianya Akan Berbaloi”

The Last of Us™ Part II_20200607145204

The Last of Us part II merupakan antara game terbesar yang dilancarkan pada tahun ini. Namun, seperti yang ramai sudah sedia maklum, tidak seperti game pertamanya, sekuel ini tidak didatangkan sekali dengan mode multiplayer.

Komuniti The Last of Us pada 26 September lalu telah meraikan The Last of Us Day, dan ramai musykil mengapa perayaan terbesar tahunan mereka itu tiada sebarang berita tentang mode multiplayer The Last of Us Part II.

Melihat banyak persoalan ini, pengarah, penulis dan orang kuat Naughty Dog, Neil Druckmann telah mengacah sedikit para peminat francais ini. Walaupun tidak menyatakan secara jelas tentang mode multiplayer, tapi ramai yang merasakan Druckmann sedang bercakap tentang mode itu.

“Terima kasih kepada semua peminat mengagumkan untuk The Last of Us Day yang hebat,” kata Druckmann. “Sikap positif dan sayang kamu adalah sangat menginspirasikan. Oh… dan tentang yang perkara itu… sabar ya. Ianya akan berbaloi.”

Tidak banyak butiran tentang multiplayer The Last of Us Part II yang dikongsikan oleh Naughty Dog. Kira-kira setahun lalu, mereka mendedahkan yang pelancaran sekuel itu tidak akan hadir bersama multiplayer, yang mana turut mereka mempunyai perancangan lebih besar untuk multiplayer. Sehingga kini, ramai menjangkakan yang mereka akan mengeluarkan sebuah game multiplayer berasingan (standalone) dari universe The Last of Us.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Team Secret Are The Champions Of PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 2

Team Secret Are The Champions Of PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG Season 2

Netflix Akhirnya Umumkan Siri Animasi Resident Evil: Infinite Darkness , Bakal Tiba 2021

Netflix Akhirnya Umumkan Siri Animasi Resident Evil: Infinite Darkness, Bakal Tiba 2021