in , ,

Pengarah Rise of the Tomb Raider Sertai Insomniac Games Sebagai Pengarah Reka Marvel’s Spider-Man

Seorang senior dalam industri video game, Brian Horton mengumumkan berita ini melalui laman Twitter beliau.

Beliau akan menyertai Insomniac Games dan berkhidmat dalam pembangunan Marvel’s Spider-Man sebagai pengarah reka bermula 1 Januari tahun hadapan.

https://twitter.com/BrianHortonArt/status/944775176662663168

Horton ialah seorang pembangun berpengalaman yang pernah mengendalikan kerja arahan seni sejak dari tahun 1994 di Disney Interactive. Selepas itu, beliau pernah bekerja di Electronic Arts, DreamWorks Interactive, The Collective dan Vivendi sebelum bertapak di Crystal Dynamics membangunkan Tomb Raider pada tahun 2009.

Selain itu, Horton juga pernah menjadi sebagai pengarah kreatif bagi campaign Call of Duty: Infinitive Warfare di Infinity Ward. Walau bagaimanapun, beliau sudah meninggalkan Activision pada bulan ini dan kebarangkalian sudah pun menyiapkan tugas beliau dalam game Call of Duty akan datang pada tahun 2019.

Kini, Horton akan bersiap sedia untuk melekat ke sarang lelabah Marvel’s Spider-Man yang bakal keluar pada tahun 2018 dan eksklusif untuk PS4.

JomBaca: PSX 2017: Saksikan Video Di Balik Tabir Membangunkan Game Adiwira Labah-Labah Terkenal, Marvel’s Spider-Man

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch Hadiahkan Korang Dengan 5 Loot Box Sempena Perayaan Krismas!

Pendaftaran Untuk Sesi Beta The Crew 2 Kini Telah Dibuka Untuk PC, PS4 Dan Xbox One!