in , , ,

Pengarah Kreatif Naughty Dog Tidak Suka Game Mereka Diadaptasi Terus Ke Filem

Orang kuat Naughty Dog sudah bersuara.

Naughty Dog. Satu sahaja perkara yang terlintas apabila menyebutkan tentang studio ini – iaitu pengalaman penceritaan yang cukup mantap. The Last of Us dan siri Uncharted adalah dua karya Naughty Dog yang telah membawakan kisah yang sangat memberi kesan kepada para pemain.

Sebelum-sebelum ini, kita sudah sering mendengar tentang adaptasi daripada dua game ini ke filem. Walaupun beritanya agak kurang “meriah” sejak akhir-akhir ini, namun pengarah kreatif Naughty Dog, Neil Druckmann mengesahkan yang kedua-dua adaptasi masih lagi berjalan – sama ada beliau suka ataupun tidak.

Perkembangan terakhir yang kita tahu tentang filem Uncharted ialah watak utamanya, Nathan Drake akan dibawakan oleh Tom Holland (Spiderman terbaru), menampilkan kisah prekuel kepada siri Uncharted yang ada dalam game. Ia akan diarahkan oleh Shawn Levy.

Ini adalah perkembangan terbaru filem adaptasi ini yang dinyatakan oleh Druckmann:

“Filem Uncharted, ya, kami telah bercakap dengan Shawn Levy beberapa kali. Dan dia sangat bersemangat, ya faham, dan saya rasa beliau faham kita berada di mana. Kami bertukar-tukar pandangan tentang adaptasi seperti ini sejak beberapa tahun ini. Kami dulunya sangat teruja, “Oh, tuhan, filem-filem sedang memandang kita. Ia mungkin akan ada filem Uncharted di pawagam.” Dan kemudian apabila masa berlalu, kami tidak lagi teruja tentang adaptasi secara terus kepada kisah yang kami sampaikan, kerana kami rasakan kami sudahpun ceritakan kisah itu dengan sangat baik, secara sinematik, jadi saya tidak tahu apa yang boleh disampaikan lagi kepadanya… (Shawn Levy) ingin menyampaikan satu kisah yang berbeza berbanding 4 pengembaraan utama – yang mungkin Nathan Drake muda mengisi kekosongan itu – saya rasa sesuatu yang lebih menarik daripada menceritakan semula Uncharted 1, 2, 3 dan 4.”

Druckmann turut mendedahkan tentang apakah perbezaan antara beliau dan Sony, yang membuatkan sehingga kini, filem The Last of Us masih lagi tergendala.

“Dan malah saya mengusahakan skrip untuk filem The Last of Us, yang mana ia adalah adaptasi secara terus. Dan sekarang, terdapat beberapa perbezaan daripadanya, saya lihat semula dan saya seperti, “saya tidak mahu filem ini dibikin.” Mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan dalam dunia itu, sama ada fokus kepada karakter lain atau waktu yang lain. Tapi, bagi saya, dan saya tahu di Naughty Dog dan ramai peminat kami, Nolan North adalah Nathan Drake, Ashley Johnson adalah Ellie, Troy Baker adalah Joel. Ia akan kelihatan sangat tidak kena untuk menyaksikan orang lain dalam watak ini.”

Sememangnya kami sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Druckmann. Untuk apa kita ingin melihat sekali lagi cerita yang sama di layar perak, sedangkan kita sudah mendalami watak itu dengan lebih menyeluruh dalam game itu sendiri.

Apa pula pandangan korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Battlefield 1: Trailer Single-Player Ini Akan Bawa Anda Ke Era WW1 Dengan Penuh Emosi

DICE Sahkan Video Trailer Battlefield 2018 “Bakal Tiba”

Fortnite Akan Perkenalkan Jetpack, Mode Senjata Legendary Sahaja Kini Dilancarkan