Sebelum berlangsung The Game Awards 2018 pada minggu lalu, ada ura-ura yang mengatakan game Avengers Project akan membuat penampilan di pentas anugerah itu. Walau bagaimanapun, seperti kita tahu, tiada sebarang berita tentang game ini pada ketika itu.

Terbaru, pengarah kreatif game ini, Shaun Escayg telah berkongsi sedikit tentang perkembangan terkini projek ini. Kata beliau melalui laman Twitter-nya:

“Terima kasih semua untuk minat yang kamu tunjukkan kepada The Avengers Project. Kami sangat berusaha keras terhadap game yang sangat bercita-cita tinggi ini, dan kami teruja untuk untuk berkongsikan lebih lanjut apabila masanya sesuai,” sambil meletakkan hashtag #reaassemble.

Game ini merupakan sebuah projek mega yang sedang dibangunkan oleh Square Enix and Crystal Dynamics, dan telah mengambil nama-nama pembangun hebat dari studio seperti Naughty Dog, Monolith, EA dan Sledgehammer Games. Buat masa ini, ia hanya dikenali sebagai Avengers Project dan kita tidak tahu pun di platform manakah game ini akan dikeluarkan.

JomKomen!