in ,

Pengarah Kata Jualan Days Gone Sebagus Ghost of Tsushima Tapi Pengurusan Sentiasa Anggap Satu Kekecewaan

Days Gone merupakan sebuah game eksklusif Sony yang sangat berbelah bahagi antara peminat. Ada yang benar-benar sukakannya, ada yang melabelkannya sebagai satu kegagalan.

Bercakap di Twitter, Pengarah Days Gone, Jeff Ross telah mendedahkan bahawa jualan Days Gone sebenarnya adalah sebagus jualan Ghost of Tsushima, namun pengurusan atasan sering membuatkan para pembangun terasa seperti game itu satu kekecewaan besar.

Days Gone, menurut Ross, telah mencapai angka jualan sebanyak 8 juta unit ketika beliau meninggalkan Bend Studio pada Disember 2020, iaitu kira-kira setahun lapan bulan selepas pelancaran Days Gone.

Ross kemudian menambah yang game itu terus terjual lebih banyak selepas itu, dan seterusnya terjual di Steam dengan lebih sejuta unit.

Tweet Ross tersebut hadir setelah Sucker Punch mengumumkan bahawa jualan Ghost of Tsushima telah mencapai 8 juta unit. Sebagai perbandingan, game bertemakan Samurai itu berjaya mencecah angka jualan tersebut dalam tempoh kira-kira setahun enam bulan.

Para peminat yang sukakan Days Gone, apabila membaca kenyataan terbaharu Ross ini, mula mempersoalkan Sony mengapa sehingga kini masih belum ada ura-ura tentang sekuelnya, walaupun ia terjual sebaik Ghost of Tsushima, sebuah game yang kita dapat lihat Sony benar-benar mencurahkan kasih sayangnya.

Bahkan, filem adaptasi Ghost of Tsushima juga kini sedang dalam pembikinan, bakal diarahkan oleh pengarah sama dari siri John Wick, Chad Stahelski.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Ascent Akan Dilancarkan Ke PS4, PS5, Kini Tertera Di Laman ESRB

The Last of Us 2 Multiplayer Mungkin Satu Game Percuma Dengan Adanya Microtransactions