in ,

Pengarah Janji God of War Ragnarok Akan Dilancarkan ‘Bila Dah Siap’

Jumaat lalu, sebaik sahaja PlayStation State of Play tamat, peminat God of War meluahkan rasa kecewa apabila acara livestream itu tidak menampilkan sebarang berita tentang sekuel kepada game yang dilancarkan pada 2018 itu.

Melihat kepada kekecewaan ini, pengarah God of War Ragnarok (bukan judul rasmi), Cory Barlog telah tampil di Twitter untuk menenangkan para peminat francais ini. Beliau menegaskan yang sebarang berita atau mungkin pelancarannya hanya akan dilakukan ‘apabila ia sudah siap’.

Barlog tidaklah menyatakan secara spesifik yang beliau sedang bercakap tentang God of War Ragnarok, tetapi tentunya tidak sukar untuk menyimpulkan bahawa beliau sedang mengacah tentang pembangunan game tersebut.

Tweet ini juga boleh dikatakan secara langsung atau tidak langsung mengusik satu lagi game AAA baru-baru ini yang telah dilancarkan dalam keadaan yang ‘tidak siap’ — apa lagi kalau bukan Cyberpunk 2077.

Sony sebagai penerbit game sememangnya cukup terkenal dalam menunda pelancaran game-game mereka. Dalam kata lain, mereka tidak akan melancarkannya selagi ia tidak benar-benar menepati satu-satu kualiti yang diingini.

September lalu, Santa Monica telah mengacah sekuel God of War buat pertama kali. Secara teknikalnya, kita belum mengetahui apakah judul rasmi game tersebut kerana mereka hanya menyatakan “Ragnarok is coming”, serta mengatakan yang ia bakal hadir pada 2021.

JomBaca: Bos Sony Tak Berani Kata God of War: Ragnarok Hanya Eksklusif Untuk PS5

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS4 Standard 500GB Dah Tak Muat Nak Mainkan Call of Duty Warzone, Cold War, Modern Warfare

2 Game Mobile Final Fantasy VII Bakal Tiba, Antaranya Battle Royale