Yay! Berita baik untuk semua.
Pengarah game, Cory Barlog mengesahkan God of War baru tiada season pass yang memerlukan pemain untuk mendapat akses penuh game akan datang ini.
Melalui laman Twitter beliau sendiri, Barlog menjawab pertanyaan cepumas kepada seorang peminat di bawah:
No season pass. As for the story questions – you will have to wait and play the game to see how it all shakes out. I just finished another play-through last night around midnight and it was still awesome! I'm totally biased, though.
— Cory Barlog 🖖 (@corybarlog) January 17, 2018
Lega rasanya God of War tidak hanyut dengan arus microtransaction dan juga pembelian season pass untuk DLC zaman sekarang. Namun, ini tidak menyingkirkan kemungkinan God of War akan ada story expansion seperti Horizon Zero Dawn: Frozen Wilds DLC.
Tahukah anda sebenarnya Sony tiada hasrat untuk menyambung siri God of War ini?
God of War akan dikeluarkan tahun ini eksklusif hanya untuk PS4 tetapi masalahnya sehingga kini masih tiada lagi tarikh rasmi diumumkan kecuali khabar angin merujuk kepada 22 Mac 2018 untuk pelancaran game ini.
Comments
Loading…