in , ,

Pengarah God of War Mengacah Sesuatu Misteri Di Twitter, Sekuel Bakal Diumumkan?

Pengarah God of War (2018), Cory Barlog sememangnya pengguna yang aktif di Twitter, dan terbaru, beliau telah mengacah sesuatu yang cukup misteri melalui akaun peribadinya.

Sukar untuk gambarkan tweet beliau ini. Apa yang boleh kami katakan ialah terdapat tweet yang tertulis “END TRANSMISSION”. Kemudian, lebih bertambah aneh apabila gambar profilnya telah ditukar kepada gambar satelit, manakala cover photo pula telah ditukar kepada gambar angkasa lepas yang dipenuhi bintang-bintang.

Korang boleh lihatnya di bawah:

Menurut Gematsu yang telah menafsirkan tweet dan profil serba baharu Barlog ini: melalui pembacaan kod Morse, bio beliau diterjemahkan sebagai “55HSIE”, manakala tweet tersebut pula ialah “SIE”.

Para peminat dan pemerhati masih berspekulasi tentang apakah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Barlog. Antara yang menarik ialah singkatan “SIE” itu yang boleh jadi “Sony Interactive Entertainment”. Selain itu, dalam satu ucapan yang dilakukan Barlog pada Mac lalu, ada menerangkan tentang perkaitan bintang-bintang dengan mitologi yang ada dalam God of War. Korang boleh bacanya di bawah:

Maka, bolehlah kita simpulkan bahawa teaser ini sesuatu yang berkaitan dengan God of War. Sekuel bakal diumumkan dalam masa terdekat?

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply
  1. Yang suka nge game… udah gak usah cari-cari game ke mana2 dach…. cukup ke DUPA88 ajaaa… banyak game banyak hadiahnya….dan PASTInya TERPECAYAaaa….

JomKomen!

Loading…

0
Kojima Tunjukkan 48 Minit Gameplay Death Stranding, Memperlihatkan Interaksi Multiplayer

Video Ini Bandingkan Trailer Dengan Sinematik Sebenar Yang Ada Dalam Death Stranding

Malaysia Jadi Lokasi Studio Pembangunan Game Sony Interactive Entertainment Asia Tenggara Yang Pertama!

Malaysia Jadi Lokasi Studio Pembangunan Game Sony Interactive Entertainment Asia Tenggara Yang Pertama!