Mengapa God of War yang dilancarkan pada April tahun lalu tiada DLC? Ini jawapan daripada pengarahnya sendiri.

Dalam temubual Cory Barlog bersama IGN, beliau telah mendedahkan yang terdapat idea dalam fikirannya untuk mencipta DLC untuk God of War. Namun, beliau merasakan yang DLC tersebut mungkin akan mengambil masa terlalu lama untuk dibikin.

“Ada satu masa apabila saya menulis beberapa DLC yang kami bincangkan,” kata Barlog. Ok, apa kata kalau kita keluarkan beberapa kandungan lain selepas ini? Kamu tahu, ada beberapa idea yang menarik tetapi saya fikir jumlah masa kami akan curahkan kepadanya, ia mungkin akan menjadi seperti Left Behind atau First Light yang mana ia akan menjadi terlalu besar… seperti Lost Legacy atau yang sama sepertinya.”

“Saya rasa saya ada masalah dengan bahagian cita-cita yang rendah, yang akhirnya membuatkan saya katakan ‘mungkin ia terlalu besar!'”

Yang dimaksudkan dalam komen Barlog ini ialah The Last of Us: Left Behind, inFamous: First Light, dan Uncharted: Lost Legacy — yang mana ketiga-tiga ini boleh dikatakan seperti game standalone yang dikeluarkan sebagai DLC.

Barlog tetap akui yang tarikan untuk menambah kandungan baru dalam game sedia, sesuatu yang mereka tidak mampu lakukan semasa era PS1 dan PS2, adalah sangat kuat. Walau bagaimanapun, beliau lebih gemar untuk mencurahkan usahanya kepada projek baru.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.